Wednesday, January 7, 2009

PEKA TERHADAP KEPERLUAN INDUSTRI

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu

Selaku NYDP1 Persatuan Sains Kajihayat, Hafizul ingin mengemukakan satu idea mengenai keperluan pelajar masa kini untuk merentasi arus perdana pada masa hadapan.
Sebagai generasi muda masa kini, kita bakal merempuh pelbagai cabaran dan onak di era globalisasi ini sekiranya kita hendak mencipta nama dalam bidang sains, terutamanya bidang biologi yang kita ceburi ini.

Saban hari pelbagai penemuan baru diterokai, adakah teknik pembelajaran yang diamalkan oleh kita masih lagi relevan?
Hafizul terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana hafizul merasakan yang ianya merupakan tanggungjawab setiap daripada kita agar mempersiapkan diri bagi menempuh alam itu nanti.
Kini, kita tidak banyak didedahkan dengan industri di mana kita akan bekrja, kita hanya terlibat dengan industri kiranya kita membuat Latihan Industri,. Namun, ianya tidak diwajibkan bagi kita mengikuti latihan industri ini.

Hafizul ingin mencadangkan agar lebih banyak penglibatan pelajar dengan pihak industri perlu dijalankan agar dapat mempersiapkan diri kita dalam menghadapi realiti semasa bidang ini.

Tambahan pula, selaku Universiti yang diiktiraf terbaik di Malaysia, kita perlu melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik yang bersedia 110% untuk menghadapai industri kelak.
Hafizul merasakan bahawa, kiranya kita memandang serius perkara seumpama ini, dan memberikan penekanan yang khusus mengenai hal ini, sudah pasti kita bakal mencapai status yang lebih baik di persada antarabangsa.

Hafizul juga ini menyatakan bahawa, kiranya penekanan diberikan lebih kepada keperluan industri diberikan, ianya bakal melahirkan golongan yang lebih profesional.

Akhir kata dari Hafizul, hafizul mengharapkan agar pelajar-pelajar pusat pengajian sains kajihayat khususnya akan menjadi lebih proaktif dalam merebut peluang yang ada serta membuka minda untuk berdiskusi mengenai perkara yang ilmiah yang boleh membantu dalam menyumbang kepada perkembangan bidan sains dan teknologi di negara kita.

Sekian saja dari hafizul.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarahkahtuh
salam lestari, salam sejahtera dan salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu.


MOHD HAFIZUL BIN AMIR ABDULLAH
SAINS BIOLOGI GUNAAN /2
NYDP 1
PERSATUAN SAINS KAJIHAYAT

No comments:

Post a Comment