Wednesday, January 7, 2009

Gaya Hidup LESTARI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarahkahtuh

Salam Sejahtera dan salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu


Sekali lagi Hafizul terpanggil untuk melakar coretan mengenai isu yang menjadi perbualan ramai, khususnya di Universiti Sains Malaysia yang tercinta ini.

Hafizul ingin membincangkan mengenai isu Kelestarian yang menjadi kebanggaan Universiti Sains Malaysia. Sepertimana kita sedia maklum, setiap pelan perancangan pembangunan Universiti Sains Malaysia kini adlah berlandaskan satu teras yang utama iaitu 'sutainability' ataupun kelestarian. Persoalan yang Hafizul ingin bangkitkan sekarang ialah, berapa ramaikah dalam kalangan siswa-siswi Universiti Sains Malaysia yang benar-benar memahami apakah yang di maksudkan dengan kelestarian ini?


Sejauh manakah penerapan mengenai isu ini terhadap siswa-siswi dijalankan?

Bukankah ianya merupakan tanggungjawab setiap warga Universiti Sauns Malaysia untuk sama-sama mendokong ASPIRASI Universiti dalam melahirkan golongan yang berkesedaran tinggi mengenai isu ini?


Hafizul ingin menyarankan agar sama-samalah kita menjayakan misi Naib Canselor kita iaitu Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dalam menjadikan Universiti Sains Malaysia sebuah Institusi yang memainkan peranan penting dalam menegakkan isu global ini.

Marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang lestari.

Kita mulakan dengan mengamalkan 4R dalam kehidupan seharian kita iaitu " Refuse, Reuse, Recycle and Reduce.

No comments:

Post a Comment