Tuesday, January 13, 2009

APA ITU PERJUANGAN?

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera, Salam Lestari dan Salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu

Sekali lagi, Hafizul tergerak untuk melakarkan coretan mengenai satu isu yang kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kampus kita pada hari ini.

Hafizul ingin melontarkan pertanyaan kepada pihak berkepentingan yang lain, apakah mereka benar-benar memahami perjuangan Universiti kita yang sebenar?
Selaku Universiti yang dinobatkan sebagai unversiti APEX , kita sebagai siswa-siswi USM perlulah lebih proaktif dalam melakukan aktiviti seharian.
Hafizul cukup kecewa dengan sesetengah Mahasiswa di USM yang kononnya ingin mempertahankan isu kelestarian, tetapi pada hakikatnya, mereka masih tidak memahami apakah yang mereka perjuangkan. Apakah ini dinamakan perjuangan yang benar?

Hafizul tergerak hati ingin melontarkan persoalan kepada beberapa Calon yang bertanding dalam sesi pemilahan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang 08/09, adakah mereka benar-benar memahami dan menghayati apa yang mereka utarakan ataupun sekadar omongan kosong yang tiada kesudahan?

Hafizul mengatakan demikian kerana, mereka menyatakan yang mereka memperjuangkan Isu Kelestarian, sedangkan mereka sendiri menggunakan Plastik sebagai bahan kempen mereka.Tidakkah mereka sedar bahawa Pihak Universiti kini dalam proses untuk mengurangkan sekaligus memansuhkan pengunaan Plastik di dalam USM menerusi kempen "Say No To Plastic". Adakah mereka ini benar-benar ingin menegakkan kebajikan pelajar serta memastikan USM terus megah di Mata Dunia ataupun mereka ingin merosakkan nama baik USM yang terbina selama 40 tahun lamanya.


Dalam untuk memilih Pemimpin kita perlu melihat bukan sahaja dari segi luaran malahan dari segi perjuangan yang sebenar. Apakah ertinya perjuangan tanpa penghayatan dan tindakan?

Hafizul serahkan kepada rakan-rakan sekalian untuk memikirkannya.
Sekian sahaja dari Hafizul untuk kali ini.

Salam.

No comments:

Post a Comment