Tuesday, January 13, 2009

APA ITU PERJUANGAN?

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera, Salam Lestari dan Salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu

Sekali lagi, Hafizul tergerak untuk melakarkan coretan mengenai satu isu yang kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kampus kita pada hari ini.

Hafizul ingin melontarkan pertanyaan kepada pihak berkepentingan yang lain, apakah mereka benar-benar memahami perjuangan Universiti kita yang sebenar?
Selaku Universiti yang dinobatkan sebagai unversiti APEX , kita sebagai siswa-siswi USM perlulah lebih proaktif dalam melakukan aktiviti seharian.
Hafizul cukup kecewa dengan sesetengah Mahasiswa di USM yang kononnya ingin mempertahankan isu kelestarian, tetapi pada hakikatnya, mereka masih tidak memahami apakah yang mereka perjuangkan. Apakah ini dinamakan perjuangan yang benar?

Hafizul tergerak hati ingin melontarkan persoalan kepada beberapa Calon yang bertanding dalam sesi pemilahan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang 08/09, adakah mereka benar-benar memahami dan menghayati apa yang mereka utarakan ataupun sekadar omongan kosong yang tiada kesudahan?

Hafizul mengatakan demikian kerana, mereka menyatakan yang mereka memperjuangkan Isu Kelestarian, sedangkan mereka sendiri menggunakan Plastik sebagai bahan kempen mereka.Tidakkah mereka sedar bahawa Pihak Universiti kini dalam proses untuk mengurangkan sekaligus memansuhkan pengunaan Plastik di dalam USM menerusi kempen "Say No To Plastic". Adakah mereka ini benar-benar ingin menegakkan kebajikan pelajar serta memastikan USM terus megah di Mata Dunia ataupun mereka ingin merosakkan nama baik USM yang terbina selama 40 tahun lamanya.


Dalam untuk memilih Pemimpin kita perlu melihat bukan sahaja dari segi luaran malahan dari segi perjuangan yang sebenar. Apakah ertinya perjuangan tanpa penghayatan dan tindakan?

Hafizul serahkan kepada rakan-rakan sekalian untuk memikirkannya.
Sekian sahaja dari Hafizul untuk kali ini.

Salam.

Sunday, January 11, 2009

UNDI SAYA


UNDILAH CALON KONSTITUENSI PUSAT PENGAJIAN
SAINS KAJIHAYAT

MOHD HAFIZUL BIN AMIR ABDULLAH
BIOLOGI GUNAAN/2
NYDP PERSATUAN SAINS KAJIHAYAT

Wednesday, January 7, 2009

Gaya Hidup LESTARI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarahkahtuh

Salam Sejahtera dan salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu


Sekali lagi Hafizul terpanggil untuk melakar coretan mengenai isu yang menjadi perbualan ramai, khususnya di Universiti Sains Malaysia yang tercinta ini.

Hafizul ingin membincangkan mengenai isu Kelestarian yang menjadi kebanggaan Universiti Sains Malaysia. Sepertimana kita sedia maklum, setiap pelan perancangan pembangunan Universiti Sains Malaysia kini adlah berlandaskan satu teras yang utama iaitu 'sutainability' ataupun kelestarian. Persoalan yang Hafizul ingin bangkitkan sekarang ialah, berapa ramaikah dalam kalangan siswa-siswi Universiti Sains Malaysia yang benar-benar memahami apakah yang di maksudkan dengan kelestarian ini?


Sejauh manakah penerapan mengenai isu ini terhadap siswa-siswi dijalankan?

Bukankah ianya merupakan tanggungjawab setiap warga Universiti Sauns Malaysia untuk sama-sama mendokong ASPIRASI Universiti dalam melahirkan golongan yang berkesedaran tinggi mengenai isu ini?


Hafizul ingin menyarankan agar sama-samalah kita menjayakan misi Naib Canselor kita iaitu Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dalam menjadikan Universiti Sains Malaysia sebuah Institusi yang memainkan peranan penting dalam menegakkan isu global ini.

Marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang lestari.

Kita mulakan dengan mengamalkan 4R dalam kehidupan seharian kita iaitu " Refuse, Reuse, Recycle and Reduce.

MOHD HAFIZUL BIN AMIR ABDULLAH

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera dan Salam ASPIRASI

Di kesempatan ini, hafizul ingin mengucapkan selamat datang ke blogsite hafizul.
Jika ada sebarang komen atau apa-apa yang anda ingin kemukakan terus kepada hafizul. Anda boleh le berbuat demikian terus ke e-mel hafizul iaitu di zul38_antze@yahoo.com
atau anda boleh menghubungi hafizul di talian 013-4860633.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau sebarang kemusykilan, hubungilah hafizul. Hafizul akan cuba sedaya mampu untuk membantu anda semua. Hafizul akan cuba terbaik mungkin untuk membantu anda semua walaupun lewat malam sekali pun.
Silalah hubungi hafizul jika perlukan apa-apa bantuan.

Sekian, Terima kasih.

PEKA TERHADAP KEPERLUAN INDUSTRI

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu

Selaku NYDP1 Persatuan Sains Kajihayat, Hafizul ingin mengemukakan satu idea mengenai keperluan pelajar masa kini untuk merentasi arus perdana pada masa hadapan.
Sebagai generasi muda masa kini, kita bakal merempuh pelbagai cabaran dan onak di era globalisasi ini sekiranya kita hendak mencipta nama dalam bidang sains, terutamanya bidang biologi yang kita ceburi ini.

Saban hari pelbagai penemuan baru diterokai, adakah teknik pembelajaran yang diamalkan oleh kita masih lagi relevan?
Hafizul terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana hafizul merasakan yang ianya merupakan tanggungjawab setiap daripada kita agar mempersiapkan diri bagi menempuh alam itu nanti.
Kini, kita tidak banyak didedahkan dengan industri di mana kita akan bekrja, kita hanya terlibat dengan industri kiranya kita membuat Latihan Industri,. Namun, ianya tidak diwajibkan bagi kita mengikuti latihan industri ini.

Hafizul ingin mencadangkan agar lebih banyak penglibatan pelajar dengan pihak industri perlu dijalankan agar dapat mempersiapkan diri kita dalam menghadapi realiti semasa bidang ini.

Tambahan pula, selaku Universiti yang diiktiraf terbaik di Malaysia, kita perlu melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik yang bersedia 110% untuk menghadapai industri kelak.
Hafizul merasakan bahawa, kiranya kita memandang serius perkara seumpama ini, dan memberikan penekanan yang khusus mengenai hal ini, sudah pasti kita bakal mencapai status yang lebih baik di persada antarabangsa.

Hafizul juga ini menyatakan bahawa, kiranya penekanan diberikan lebih kepada keperluan industri diberikan, ianya bakal melahirkan golongan yang lebih profesional.

Akhir kata dari Hafizul, hafizul mengharapkan agar pelajar-pelajar pusat pengajian sains kajihayat khususnya akan menjadi lebih proaktif dalam merebut peluang yang ada serta membuka minda untuk berdiskusi mengenai perkara yang ilmiah yang boleh membantu dalam menyumbang kepada perkembangan bidan sains dan teknologi di negara kita.

Sekian saja dari hafizul.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarahkahtuh
salam lestari, salam sejahtera dan salam ASPIRASI untuk siswa-siswi bersatu.


MOHD HAFIZUL BIN AMIR ABDULLAH
SAINS BIOLOGI GUNAAN /2
NYDP 1
PERSATUAN SAINS KAJIHAYAT

ISU PALESTIN

HAFIZUL INGIN MENYARANKAN AGAR SEMUA SISWA-SISWI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KHUSUSNYA SISWA-SISWI PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT AGAR SAMA-SAMA KITA TURUN PADA HARI JUMAAT INI BAGI MENYATAKAN BANTAHAN TERHADAP KEGANASAN DI SEMENANJUNG GAZA.

MOHD HAFIZUL BIN AMIR ABDULLAH

Assalamualaikum w.b.t.

salam sejahtera dan salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....

Nama diberi ialah Mohd Hafizul bin Amir Abdullah
Pelajar Tahun 2 Pusat Pengajian Sains Kajihayat
Major dalam Pengursan Vektor dan Parasit
Minor dalam Pengurusan

Hafizul merupakan anak jati negeri Perak
dan kini menetap di Desasiswa Tekun Universiti Sains Malaysia Kampus Induk Pulau Pinang.

Hafizul Merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik.
Mendapat Pendidikan Peringkat Menengah di Sekolah menengah Kebangsaan Felda Besout.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang.
Seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dan kini mengambil Ijazah Pertama di Universiti Sais Malaysia.